thE SilENt iN mY hEaRT

andai ini yang terbaik..itulah yang harus ku lakukan..
andai ini yang sepatutnya..biarlah ia berlaku tanpa ada halangan..
jadikanlah ia seperti yang dikehendaki oleh takdir..
disaat kebahagiaan mula menyinari..
ada sesuatu yang aku terlupa..
ada sesuatu yang menagih janji..
ada sesuatu yang perlu aku bayar..
andai ku tahu segalanya cuma sementara..
xmungkin akan ku bersama mu..
andai ku tahu semua ini cuma satu semusim bersama..
relaku menjadi hanya sebagai kawan..
andai ku tahu yang akan terluka adalah aku..
maka akan ku lindungi diriku sehabis daya..
tanpa perlu aku fikirkan akan kelukaanmu..
katakan aku ego..aku mengaku..
katakan aku pentingkan diri..aku mengaku..
tanyakan sebab..maka akan ku jawab..
kerna kau takkan ada di sisi ku disaat aku terluka kernamu…
percayalah..
pabila aku terlalu melindungi hatiku..
bukan bermaksud kau tidak penting bagiku..
tapi kerana kau adalah segalanya bagiku
 maka aku perlu mempertahankan sisa hati yang tertinggal
 agar aku kuat utk meneruskan hari2 ku tanpa kamu..
agar kau bisa terus hidup tanpa penyesalan pabila kau melukaiku..
agar kau mampu tersenyum sepertimana yang aku harapkan
 tanpa perlu kau fikir kelukaanku..
kerna bagiku kebahagiaan kau adalah segalanya..
maka tanpa aku pedulikan hatiku..
aku akan terus tersenyum agar
 kau tidak akan pernah melihat walau setitis airmataku jatuh kerna dirimu..
maka ku pinta agar kau terus tersenyum walau aku tak mungkin akan pernah melihatnya lagi..
teruskan kehidupan mu sebaik mungkin 
kerna itu yang ku mahu..
jangan pernah kau fikirkan tentang kelukaan ku..
kesakitan ku..
kekecewaanku kerna semua itu hak aku..
dan hak yang aku berikan padamu hanyalah memandangku 
dengan senyuman yang pernah menceriakan hidupku..
pesanku yang terakhir..
andai kau merinduiku maka doakan aku sentiasa tersenyum..
jauhkan walau setitis airmataku jatuh ke bumi..
dan hanya ungkapan terima kasih ku ucapkan…

No comments:

Post a Comment